20100907

Baju raya pilihan remaja kini

Salam dan selamat menunaikan ibadah pada malam 10 terakhir

YAH...CUTI BALIK KAMPUNG!



Sejujurnya den macam ikan malas nak study bila mak ayah den tak ada di rumah,maka den terkocoh-kocoh online.

Alhamdulilah,Aidilfitri bakal menjelma dan sudah tentu orang ramai macam hantu kena buasir cepat-cepat ke Jalan TAR,Jalan bla bla,bla bla dan jalan apa-apa jelah untuk beli persiapan sambut aidlifitri dengan bangga.

Sekarang zaman moden,jadi fesyen terkini pun sudah mengambil alih macam wujudnya Shawls macam cendawan nak bunuh diri tengah malam.



1-Baju kurung moden

Baju jenis berlambak di pusat beli belah,pusat tekstil dan sebagainya.Tapi harga boleh tahan dan sebabkan orang ramai terbelalak mata untuk beli BAJU KURUNG MODEN




Ditambah dengan labuci 'labucang' yang sinari mata anda.Sudah tentu mamat gila memandang anda dua kali.OPPPSSSSS




2-JUBAH LABUH MODEN

Ni kira kebanyakan rakyat Malaysia berketurunan Arab yang pakai jubah di pagi raya.

Insyaallah pagi raya tahun ni den pakai jubah.Den suka jubah dan den banyak koleksi dalam almari berkepuk den.Tapi den bukan keturunan Arab.Den asalnya sudah tentu Orang Melayu dan sedikit India.


Jubah sesuai untuk orang yang  bertubuh tinggi.Ok,nashue now you tell that you're tall lorh.



3-KURUNG KAPAS MODEN

Bak kata zeeee,kurung kapas moden makin menjadi gaya.Sampaikan kakak sedara dan anaknya,ALISHA pun jahit kurung kapas sendiri.







Den pun nak beli kurung kapas juga,tapi dengan selambanya mak den membantah.JANGAN,NANTI KALAU BASUH MAKIN KECIL BAJU TU.

Terpulang kepada korang nak pakai baju jenis apa.Janji jangan bogel sudah!

Kurung kapas ni unik sebab bunga ni kecil-kecil dan tidak silap,tidak silap den sesuai untuk orang berbadan besar.




4-KEBAYA

Kebaya menjadi idaman semua orang tapi sejujurnya tak semua orang pandai menggayakannya termasuklah den yang membesar ni.

Den takut bila den pakai kebaya,bak kata mas haniza kesayangan macam apa dah.

Kebaya tradisional sangat menawan dengan kain batik.ERR...kebaya nyonya pun ^_^




Jadi tepuk dahi tanya hati,Baju raya yang mana sesuai dan cantik untuk dipakai.



DI PAGI RAYA BAJU YANG DIPAKAI MESTILAH CANTIK DAN BERSIH SERTA MENGIKUT SYARAK ISLAM TETAPI TIDAK SEMESTINYA BARU